Hannah Delisha Hamil 3 Bulan Tapi Bayi Dalam Kandungan Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Perut
Hannah Delisha Hamil 3 Bulan Tapi Bayi Dalam Kandungan Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Perut
Pelakon jelita, Hannah Delisha sudah hamil 3 bulan tapi bayi dalam kandungannya itu rupanya sudah sebulan meninggal dunia dalam perut. Allahu!
Menurut laporan mStar, Hannah mendedahkan yang dia langsung tak sedar telah mengalami keguguran sebab tiada sebarang simptom.
Waktu gugur itu bayi dalam kandungan saya berusia tiga bulan. Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit.. Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage.
Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.
Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.
Doktor menjangkakan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan.
Apa membuatkan saya down, rupanya dah sebulan bayi saya sudah tak bernyawa.
Bukan tu jer, perkara ini juga buatkan pelakon itu trauma apabila perasaan teruju menanti anaknya itu menjadi duka akibat keguguran.
Walau bagaimanapun, Hannah memberitahu yang dirinya dalam keadaan yang semakin baik dan sedang menjalani pantang.
Selepas mendapat tahu keguguran, saya terus melakukan pembedahan dilation and curretage bagi mengeluarkan janin.
Kejadian itu memang membuatkan saya trauma tapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih dan masih berpantang.
Kredit: mStar
Hannah Delisha Hamil 3 Bulan Tapi Bayi Dalam Kandungan Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Perut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?
- Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi
- Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :