Tergamak racuni wanita hamil
Tergamak racuni wanita hamil

Beijing: Tidak mahu rakannya bercuti bersalin yang menyebabkan dia perlu menanggung beban kerja tambahan, seorang pekerja sebuah syarikat berkaitan kerajaan di China tergamak meracuni wanita hamil itu.
Tindakan wanita itu terbongkar melalui video tular, yang merakam pekerja dari wilayah Hubei tengah itu cuba menambah bahan pada minuman rakan sekerjanya, menurut Cover News.
Majikannya, Biro Penyiasatan Hidrologi dan Sumber Air di wilayah autonomi Enshi Tujia dan Miao ialah sebuah institusi awam yang bergabung dengan kerajaan.
Institusi sedemikian terkenal dengan proses pengambilan sangat selektif yang memerlukan peperiksaan dan temu duga ketat selain sering dirujuk sebagai ‘mangkuk nasi besi’ untuk keselamatan dan kestabilan pekerjaan mereka.
Dalam video itu, seorang wanita memakai jaket hitam dilihat menghampiri meja rakan sekerjanya sebelum membuka botol kecil dan menuang bahan seperti serbuk ke dalam minuman di atas meja sebelum beredar dengan cepat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
Menurut tangkap layar perbualan WeChat, situasi itu terbongkar apabila mangsa menyedari minumannya berasa pelik.
Pada mulanya mengesyaki bekalan air pejabat, dia beralih kepada air botol masak tetapi perasan rasa pelik itu berterusan.
Mengingatkan jenaka rakan yang mencadangkan seseorang mungkin mencemar minumannya, dia memutuskan untuk menggunakan iPadnya untuk merakam video mejanya dan sesiapa sahaja yang menghampirinya sekali gus menangkap perbuatan rakannya itu.
Anehnya, alasan rakan sekerja meracuni wanita hamil itu ialah dia melakukannya kerana tidak mahu wanita itu mengambil cuti bersalin bagi mengelak dia menguruskan beban kerja banyak seorang diri.
Mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis dan pihak berkuasa sedang menyiasat.
Pada 18 Mac, kakitangan Biro Penyiasatan Hidrologi dan Sumber Air berkata, mereka memandang serius kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan.
Seorang peguam memberitahu National Business Daily, jika tindakan wanita itu didorong dengan niat untuk mencederakan, ia boleh menjadi jenayah kecederaan, tidak kira sama ada bahan itu toksik atau menyebabkan kecederaan fizikal sebenar.
Insiden itu juga meraih kecaman meluas di media.
Tergamak racuni wanita hamil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PADU Atau Rafizi Yang Gagal?
- Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?
- Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :