Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan

Oleh – Syeikh Baran


Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan
Tangkap layar video memaparkan kereta jenis Proton Satria tersebut berjaya dibawa turun menggunakan kren mudah alih.

Sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru yang ditemukan terbabas dan tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin sudah berjaya diturunkan menggunakan kren.

Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook, kereta ‘terbang’ tersebut dibawa turun menggunakan sebuah kenderaan kren mudah alih sebelum dimuatkan di atas trak penunda.

“Selepas sehari semalaman tersangkut di celah-celah kawasan pokok lebuh raya itu, akhirnya ia berjaya diturunkan,” ujar pengguna media sosial yang melihat kejadian itu.

Sementara itu, Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna masih bingung dengan kejadian tersebut yang masih belum diketahui puncanya sehingga kini.

“Ada laluan atas rumput menaik ke atas bukit tu. Cuma jauh juga laluan tu walaupun lurus ke atas bukit. Tak tahu kenapa pemandu tak brek,” ujar Duan Draco.

“Rasa tengah laju, lepas tu elak sesuatu kemudian terus reflex healing atas bukit,” komen Haziq Faris.

“Naik pandai, nak turun gayat.. kena minta tolong kren,” ujar Adhashim.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum mendaki bukit bersebelahan papan tanda lebuh raya berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker