Lelaki mengaku bapa tiri Rafizi, luah rasa rindu

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mengaku bapa tiri Rafizi, luah rasa rindu
Tangkap layar ciapan Rafizi di laman aplikasi X hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini berkongsi satu kejadian mengejutkan apabila secara tiba-tiba seorang lelaki hadir ke pejabatnya dan mengaku sebagai bapa tiri.

Katanya, lelaki tersebut turut meluahkan rasa rindu disebabkan sudah lama tidak berjumpa dengannya.



“Hari ini ada orang datang ke pejabat untuk jumpa saya. Tak ada temu janji apa-apa, hanya muncul.

“Dia mengaku dia ayah tiri saya, dah lama tak jumpa dan rindu. Nasib baik pegawai-pegawai tak kena ‘scam’, selamba sahaja ‘claim’ (mengaku) mak saya kahwin lain,” katanya dalam hantaran di laman X.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh mengatakan lelaki terbabit mungkin mahu mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) secara bersemuka dengan Rafizi.

“Mungkin terlepas daftar Padu, nak jumpa YB (Rafizi) untuk ajar cara daftar, pak cik buta IT (teknologi internet),” seloroh Shahrul.



Selain itu, beberapa pengguna lain turut bergurau mengatakan individu misteri terbabit sememangnya peminat setia Rafizi sehingga sanggup berlakon menjadi ayah tiri semata-mata dapat bersua muka.

“Peminat Menteri Ekonomi kita rasanya. Tak puas tengok dalam televisyen sahaja sebelum ini. Tak pun, memang orang tu berkenan dengan mak YB, terus mengaku bapa tiri,” kata Iwan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading