Serangan Israel ragut nyawa 7 pekerja badan amal AS

Oleh – Syeikh Baran


Serangan Israel ragut nyawa 7 pekerja badan amal AS
TANGKAP layar klip video WCK menunjukkan pekerjanya menurunkan bekalan makanan di tepi sebuah pantai di Gaza pada 15 Mac lalu. – AFP

Sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS)  hari ini menyalahkan Israel berhubung serangan yang membunuh tujuh kakitangannya ketika  mereka menurunkan makanan yang dibawa dari laut ke Semenanjung Gaza bagi membantu menangani krisis kebuluran.

Pertubuhan World Central Kitchen (WCK) berkata, pihaknya menangguhkan operasi  selepas ‘serangan bersasaran Israel’ semalam membunuh kakitangan warga Australia, Britain, Palestin, Poland dan AS-Kanada.

Rakaman video AFP menunjukkan lubang pada kenderaan yang rentung terkena bedilan Israel.



WCK berusaha keras untuk membawa makanan melalui jalan laut dari negara anggota Kesatuan Eropah, Cyprus.

Mayat-mayat  pekerja bantuan itu dibawa ke bilik simpanan mayat sebuah hospital di bandar Deir al-Balah, tengah Gaza. – AFP 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker