Wanita disaman 26 kali dalam sebulan

Oleh – Syeikh Baran


Wanita disaman 26 kali dalam sebulan
Gambar DUA pegawai polis memproses saman wanita dikenali sebagai N.T.T di balai polis daerah Hiep Hoa baru-baru ini. – Foto Polis Wilayah Bac Giang

Seorang wanita dari utara Vietnam melanggar undang-undang jalan raya sebanyak 26 kali dalam tempoh sebulan, lapor akhbar Tuoi Tre News semalam.

Dia yang mengaku melakukan kesalahan itu disaman sebanyak 20 juta dong (RM3,778) baru-baru ini. 

Dalam temu bual dengan Tuoi Tre News, wanita dikenali sebagai NTT, 41, itu menetap di bandar Thang, wilayah Bac Giang.

Menurut polis daerah Hiep Hoa, kes wanita itu bermula apabila semakan rutin kamera pemantauan lalu lintas menunjukkan motosikal yang didaftarkan di bawah nama NTT dikenal pasti mempunyai 26 kes pelanggaran lalu lintas antara 1 hingga 29 Februari lalu.

Sepuluh daripada 26 kesalahan itu adalah tidak memakai topi keledar, manakala baki 16 lagi adalah kerana mengabaikan isyarat lalu lintas. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker