136 tahanan asing dihantar pulang ke negara asal

Oleh – Syeikh Baran


136 tahanan asing dihantar pulang ke negara asal
Kesemua warga asing dari Depot Imigresen Tanah Merah dihantar pulang ke negara masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar 136 tahanan asing pulang ke negara asal masing-masing pada Rabu.

Kesemua warga asing dari Depot Imigresen Tanah Merah dihantar pulang ke negara masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarahnya, Mohd Faizal Shamsudin berkata, penerbangan melibatkan destinasi ke Istanbul, Phnom Penh, Yangon, Ho Chi Minh City, Dhaka dan Delhi.

“Daripada jumlah tersebut 119 adalah tahanan lelaki manakala 13 lagi wanita dan lima kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan oleh warga asing itu ialah di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Ujarnya, operasi berkait dengan warga asing akan terus dilaksanakan dari masa ke masa.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker