Empat pelajar hadir beri keterangan di balai polis

Oleh – Syeikh Baran


Empat pelajar hadir beri keterangan di balai polis

Empat pelajar telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan jenayah di sebuah sekolah menengah di daerah ini.



Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek bagaimanapun berkata, siasatan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan dilakukan susulan laporan yang diterima pada jam 10.25 malam Isnin lalu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan oleh seorang guru wanita berusia 56 tahun dari sebuah sekolah menengah di daerah ini.

“Laporan itu berkaitan kejadian ugutan jenayah melibatkan pelajar di sekolahnya dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di asrama sekolah melibatkan dua mangsa iaitu pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua berserta dua suspek Tingkatan Dua dan Tingkatan Lima,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan itu, kedua-dua mangsa dan suspek telah hadir ke balai polis untuk diambil keterangan dan kini siasatan sedang dijalankan.



Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan dua pelajar di sebuah sekolah menengah di sini bukan sahaja menjadi mangsa buli, malah turut diugut bunuh oleh dua beradik yang juga pelajar sekolah berkenaan.

Suspek mengancam mangsa menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading