29 maut kelab malam terbakar di Istanbul

Oleh – Syeikh Baran


29 maut kelab malam terbakar di Istanbul
Anggota kecemasan meninjau bahagian hadapan kelab malam tersebut yang terbakar di Istanbul semalam. – AFP

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila kebakaran berlaku semasa kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan pada waktu siang di sebuah kelab malam di tengah Istanbul, Turkiye, kata pejabat gabenor bandar raya itu.

Anggota bomba dan penyelamat bergegas ke pintu masuk kelab malam itu yang hangus dan berasap di daerah Gayrettepe.



Premis dua tingkat itu terletak di bawah bangunan kediaman 16 tingkat.

Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc berkata, lapan individu ditahan berhubung kejadian tersebut, manakala tiga pendakwa raya sedang menyiasat kebakaran itu.

Menurut laman berita ABC News, Gabenor Istanbul, Davut Gul memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa mangsa-mangsa yang maut dipercayai terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian. 

Kelab malam itu mempunyai kapasiti untuk menampung 4,000 pengunjung dan ditutup sepanjang bulan Ramadan.



Pemiliknya dilaporkan berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian mengikut masa yang sepatutnya sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading