Mas kahwin bertukar jadi daun

Oleh – Syeikh Baran


Mas kahwin bertukar jadi daun
Duit mas kahwin di dalam kotak bertukar menjadi daun. – Tangkap layar/Viva

Seorang wanita dari Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat terkejut apabila mendapati beg mengandungi ‘mas kahwin’ yang diserahkan kepadanya sebenarnya hanya daun kering, lapor laman berita Detik.

Rosdiana, 38, sebelum itu dilamar oleh lelaki bernama Syamsurizal, 60, pada Jumaat lalu.

Janda anak tiga itu pada asalnya enggan menerima lamaran Syamsurizal disebabkan faktor umur lelaki tersebut yang agak berusia, namun dia akur selepas diyakini oleh seorang sahabatnya.

“Syamsurizal melamar Rosdiana dengan membawa mas kahwin sebanyak 1.7 bilion rupiah (RM505,271). Niat baik itu diterima oleh Rosdiana dan keluarganya.

“Setelah bersetuju, Syamsurizal meminta agar beg yang mengandungi wang mas kahwin tersebut tidak dibuka sebelum Rosdiana sah menjadi isterinya,” kata pegawai Ketua Kampung Ragi, M Nur.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut juga sempat menunjukkan wang sebanyak 100,000 rupiah (RM29.72) di dalam kotak itu bagi meyakinkan Rosdiana.

“Ramai saksi yang melihat wang itu adalah asli. Namun, kami diminta untuk tidak membuka semuanya sebelum saya sah menjadi Syamsurizal,” kata Rosdiana.

Ujar Rosdiana, disebabkan berasa aneh, dia dan keluarganya akhirnya membuka kotak wang tersebut sebelum pernikahan mereka yang dirancang selepas Aidilfitri nanti.

Namun, mereka terkejut apabila mendapati kotak tersebut hanya berisi daun kering.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak Rosdiana. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker