Pengerusi SPR selesai menghadap Agong

Oleh – Syeikh Baran


Pengerusi SPR selesai menghadap Agong
Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Abdul Ghani di Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Istana Negara, hari ini.

Sesi menghadap itu dipercayai bagi membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka diadakan susulan pengosongan enam kerusi Parlimen Bersatu.



Semalam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti itu, Mac lalu.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pindaan terbabit membolehkan parti itu mengambil langkah untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen.

Pindaan itu dilakukan selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr .Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Zahari Kechik (Jeli).



Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang beralih sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading