KDN sita al-Quran tiada perakuan bernilai lebih RM3 juta

Oleh – Syeikh Baran


KDN sita al-Quran tiada perakuan bernilai lebih RM3 juta
Nik Yusaimi menunjukkan barang rampasan ketika sidang akhbar berkaitan Ops Mulia rampasan yang melanggar Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya menyita pelbagai item al-Quran tiada perakuan bernilai lebih RM3 juta sepanjang Mac lepas.

Menurut Setiausahanya, Nik Yusaimi Yussof, kejayaan tersebut dicapai menerusi Ops Mulia bersempena bulan Ramadan ekoran trend permintaan tinggi masyarakat Islam terhadap al-Quran dengan sejumlah 1,082 premis di seluruh negara diperiksa.

Katanya, sejumlah 6,992 naskhah tanpa perakuan KDN dirampas dan 12,767 bahan al-Quran disita dengan nilai keseluruhan yang dianggarkan RM2.8 juta.

Seramai 164 individu yang diperiksa di premis terbabit turut ditahan untuk siasatan dan mereka boleh didakwa mengikut Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023).

“Pada masa sama, pihak kami turut melaksanakan program advokasi iaitu Jom Exchange Al-Quran (JEQ) menyaksikan penyerahan sukarela sejumlah 6,484 naskhah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Aktiviti selama sebulan berkenaan tambah Nik Yusaimi, telah menerima sambutan baik pelbagai pihak kerana al-Quran tiada perakuan yang ditukarkan itu bernilai RM260,000.

Secara keseluruhan tegasnya, sepanjang Mac lalu, KDN berjaya menarik keluar sebanyak 26,213 unit termasuklah item bingkai khat al-Quran dengan nilai berjumlah RM3.1 juta.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker