Saifuddin nafi ada surat tahanan rumah untuk Najib

Saifuddin nafi ada surat tahanan rumah untuk Najib

Oleh Arif Lias

“Saya bukan ahli Lembaga Pengampunan. Saya juga tidak tahu,” kata Saifuddin.



Beliau ditanya sama ada telah melihat titah tambahan berkenaan seperti yang didakwa peguam Najib, Tan Sri Shafie Abdullah, semalam.

Saifuddin berkata, beliau hanya menerima surat dari Shafie berhubung permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah namun enggan mendedahkan kandungannya.

“Saya tiada maklumat berhubung dokumen tambahan, dia (Shafie) kata dia ada. Apa yang disebut di mahkamah, itulah kandungan suratnya yang saya terima.

“Saya juga mengikuti laporan berhubung adendum itu dan sudah tentu saya akan menjawab apabila tiba masanya mengenai perkara itu.”



Semalam tular berita bahawa Najib dakwa YDPA ke-16 (Sultan Pahang) telah bertitah bahawa Najib diberi tahanan di rumah tetapi kerajaan Madani telah tidak hirau titah dan telah menghalang.

Namun masih tiada sebarang penafian dari pihak kerajaan atau dari pihak Istana Pahang sehingga kini.

Malah pihak DS Najib juga telah memfailkan saman terhadap 7 pihak termasuk Azalina, Menteri Undang Undang dari UMNO.



Apa maksudnya ini? Ada ke tidak surat? Siapa berbohong? Istana Pahang juga sampai sekarang tidak ulas apa apa.

Moga ada pihak yang sudi mencerahkan perkara ini.

Saifuddin nafi ada surat tahanan rumah untuk Najib

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah Ada Titah Supaya Najib Di Berikan Tahanan Di Rumah Dalam Pengampunan Di Raja?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button