Anak kampung ini berjaya kalahkan Tesla

Anak kampung ini berjaya kalahkan Tesla

Anak kampung ini berjaya kalahkan Tesla

Oleh arif lias

Pada tahun 1995, seorang anak kampung bernama Wang Chuanfu telah menubuhkan syarikat bernama BYD iaitu sebuat syarikat pembekal bateri telefon.Beliau menubuhkan syarikat ini setelah 5 tahun berkhidmat dalam kerajaan.

Dengan modal 2.5 juta Yuan, beliau telah mengupah 20 orang pekerja.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah syarikat Xian Qinchuan Automobile untuk meneroka bidang automotif. Namun teknologi dan kualiti yang rendah menyebabkan model jualan mereka tidak laku.

Tahun 2008, BYD meneroka pula pasaran Electronic Vehicle (EV). Malah, pengasas Tesla, Elon Musk pernah mengkritik kualiti kereta jenama BYD pada 2011 sebagai “tidak menarik dan tidak bagus.”

Namun, pada 2023, jualan kereta elektrik BYD adalah tertinggi didunia dan mengatasi Tesla. Dan kerana permintaan yang banyak, BYD telah membeli sebuah kapal pengangkut bernama BYD Explorer No1 untuk mengeksport kenderaan mereka keseluruh dunia!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil


Elon Musk akhirnya terpaksa telan ludah sendiri dan memuji teknologi BYD sangat bagus.

Disebabkan ini, kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan China bagi meluaskan penguasaan TVET ini dikalangan anak tempatan.

Kerajaan China telah tawarkan 1000 biasiswa percuma untuk pelajar Malaysia menerusi kerjasama Institut Malaysia-China dalam kerangka Inisiatif Jalur & Laluan (Belt & Road Initiative) merangkumi bidang automotif, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan bidang berteknologi tinggi yang baharu seperti kenderaan elektrik (EV)u

Tulang belakang bagi usaha ini tidak lain adalah YAB TPM1 melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang begitu serius menjadikan TVET sebagai pilihan utama para pelajar di Malaysia.

1000 pelajar bertuah ini hanya perlu membayar tiket kapal terbang (itupun ditaja oleh MARA). Kos lain akan ditanggung oleh kerajaan China termasuklah yuran penginapan dan sebagainya.

Pendek kata, ia adalah percuma!

Yang lebih penting, inisiatif dan usaha ini adalah persediaan masa depan untuk Malaysia kerana banyak pelaburan langsung asing (FDI) yang dibawa masuk ke negara ini memerlukan tenaga mahir yang kebanyakannya lepasan TVET.

Sudah pasti Malaysia akan memperoleh manfaat yang besar dari program seperti ini jika ia diperluaskan di masa hadapan. InsyaAllah. Tahniah KKLW, KPT dan MARA!

Anak kampung ini berjaya kalahkan Tesla

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker