Kes Guan Eng: Saksi Utama Akui Beri Rasuah Untuk Tutup Siasatan SPRM

Kes Guan Eng Saksi Utama Akui Beri Rasuah Untuk Tutup Siasatan SPRM

Kes Guan Eng: Saksi Utama Akui Beri Rasuah Untuk Tutup Siasatan SPRM

 

Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Zarul Ahmad, memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur bahawa wang RM17 juta yang diserah kepada Gnanaraja adalah bagi menutup siasatanSPRM.

Beliau berkata ia adalah sebahagian wang hasil jualan tanah CZCSB kepada Zenith Urban Sdn Bhd.

Dan Zarul Ahmad adalah antara pengarah syarikat itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peguam Haijan Omar yang mewakili Lim Guan Eng.

Pada prosiding bagi mencabar kredibiliti saksi berkenaan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Haijan:

Setuju dengan saya bahawa wang RM17 juta yang dibayar kepada Gnanaraja adalah sebahagian wang RM25 juta yang dipinjam Zenith Urban untuk membeli lot tanah?

Zarul Ahmad:

Ya

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju cadangan peguam bahawa beliau membuat pinjaman semata-mata untuk memberi rasuah kepada Gnanaraja.

Ini kerana menurut beliau terdapat perjanjian jual beli tanah.

Beliau bersetuju keterangan beliau kepada SPRM menyatakan wang RM2 juta yang diberikan kepada Gnanaraja adalah wang yang dipinjam daripada Pengarah Urusan Vizione Construction Sdn Bhd.

Manakala keterangan di mahkamah memaklumkan ia adalah hasil daripada jualan tanah.

Peguam RSN Rayer bertanya sama ada saksi itu menyebut nama Lim Guan Eng dalam keterangannya kepada SPRM, Zarul Ahmad berkata tidak.

Lim didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta.

Ia untuk membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Utama Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Ia didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad.

Ianya sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City.

Perbicaraan bersambung Khamis ini.

 

Kes Guan Eng: Saksi Utama Akui Beri Rasuah Untuk Tutup Siasatan SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker