Rafizi Tutup Kegagalan PADU Dengan Membuka Semula Pendaftaran?

Rafizi Tutup Kegagalan PADU Dengan Membuka Semula Pendaftaran

Rafizi Tutup Kegagalan PADU Dengan Membuka Semula Pendaftaran?

 

Sehingga tengahari 31 Mac 2024 yang merupakan tarikh terakhir pendaftaran PADU, hanya 10.8 juta atau 48.3% rakyat Malaysia mendaftar.

Namun sehingga ianya ditutup pada tengah malam, seramai 11.55 juta atau 52.6% rakyat Malaysia telah mendaftar.



Dari angka yang dikeluarkan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin, ternyata sasaran 50% rakyat yang mendaftar sudah tercapai.

Seramai 11.55 juta atau 52.6% warganegara berumur atas 18 tahun berjaya mendaftar dan mengemas kini profil diri sepanjang tempoh pendaftaran PADU.

Angka itu jelasnya menjadikan 17.65 juta (58.7 peratus) keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, telah dikemas kini di dalam sistem tersebut.

Perlis merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi dengan 66.9 peratus.



Diikuti Kelantan 65.2%, Terengganu 62.7%, dan Perak 60.3%.

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pula merekodkan pendaftaran melebihi 50%.

Sementara itu Johor, Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan peratus pendaftaran di bawah 50%.

Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian sekiranya ada keperluan untuk melakukannya.



Satu persoalan dari penulis adalah mengapakah Kementerian Ekonomi menyasarkan hanya 50% pendaftaran PADU?

Mengapa tidak diletakkan sasaran yang lebih tinggi?

Adakah Rafizi sendiri tidak yakin PADU akan mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia?

Lebih menghairankan, apabila pengumuman dibuat mereka yang tidak mendaftar akan didaftarkan secara automatik.



Menurut Uzir, PADU mempunyai data asas lebih 30 juta rakyat Malaysia dan ianya diperolehi dari data pelbagai agensi.

Sekiranya ini benar, apa keperluan diadakan satu lagi pengkalan data PADU?

Kenapa harus dibazirkan duit rakyat sekira ianya boleh disalin dari data yang sedia ada?

Mungkin alasannya adalah data tersebut hanyalah data asas.



Kenapa tidak disuruh agensi tersebut mengemaskini data-data tersebut?

Atau pengumuman pendaftaran semula hanya decoy di mana akhirnya pengumuman akan dibuat kononnya lebih 30 juta rakyat sudah mendaftar PADU?

 

Rafizi Tutup Kegagalan PADU Dengan Membuka Semula Pendaftaran?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button