Bolehkah MCA Menang Di PRK Kuala Kuala Kubu Baharu Jika Di Beri Peluang

Mampukah MCA Pertahankan Kerusi DAP Di Kuala Kuala Kubu Baharu Jika Di Beri Peluang

Bolehkah MCA Menang Di PRK Kuala Kuala Kubu Baharu Jika Di Beri Peluang

 

KP MCA Selangor, Tan Jie Sen, membidas Pengerusi BN, DS Zahid kerana mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di PRK Kuala Kubu Baharu.

Dakwa beliau, DS Zahid membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dengan parti sekutu BN yang lain.



Tan menganggap pengumuman DS Zahid itu sebagai angkuh dan tidak menghormati parti sekutu BN.

Beliau mencadangkan supaya MCA bertanding secara bebas pada PRK Kuala Kubu Baharu, dengan tujuan untuk menang.

Dan seterusnya menjadi pembangkang di DUN Selangor.

“Memandangkan kerajaan Madani gagal bertindak baru-baru ini dalam pelbagai isu, jelas sekali pembangkang yang lebih kuat diperlukan.”



“Ia untuk memperjuangkan hak masyarakat Cina, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri,” jelas beliau.

Tan turut mengkritik ahli parlimen DAP dan Adun mereka kerana didakwa gagal mempertahankan kepentingan masyarakat Cina.

Antaranya termasuk insiden seperti kontroversi bak kut teh, isu KK Mart, desakan untuk memansuhkan sekolah Cina.

Dan terbaru melibatkan pengharaman tong membakar barangan sembahyang Cina di kawasan perumahan di Klang.



“Walaupun MCA adalah sebahagian daripada kerajaan Madani sekarang, kami tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.”

“Justeru, kenapa tidak MCA mengikut jejak langkah DAP Sarawak dan berperanan sebagai pembangkang dalam kerajaan negeri,” gesa Tan.

Tan menggesa MCA mengambil bahagian secara aktif dan bertanding dalam mana-mana PRK atau PRN yang akan datang.

Ia bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak kerusi parlimen dan negeri bagi mewakili masyarakat Cina.



Untuk rekod, dalam PRN Selangor 2023, BN tidak meletakkan sebarang calon untuk DUN Kuala Kubu Baharu.

Penulis hanya minta Tan supaya jawab, kenapa MCA tidak meletakkan calon di DUN tersebut dalam PRN Selangor 2023?

Tujuan parti politik bertanding dalam mana-mana pilihanraya adalah sama ada untuk merampas atau mempertahankan kerusi yang ada.

Persoalannya, mampukah MCA mempertahankan kerusi DAP sekiranya diberi peluang?



 

Mampukah MCA Pertahankan Kerusi DAP Di Kuala Kuala Kubu Baharu Jika Di Beri Peluang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button