Warga Israel Yang Di Tangkap Hanya Perantara, Bukan Pembunuh Sebenar?

Warga Israel Yang Di Tangkap Hanya Perantara, Bukan Pembunuh Sebenar

Warga Israel Yang Di Tangkap Hanya Perantara, Bukan Pembunuh Sebenar?

 

Warga Israel, Shalom Avitan, yang ditangkap di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau memasuki Malaysia dengan menggunakan paspot Perancis, bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Itu adalah modus operasi biasa bagi seorang pembunuh profesional untuk melindungi identiti yang sebenar.

Sebaik sahaja berita penangkapan beliau disiarkan, The Times Of Israel, suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.

Avitan didakwa mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah seteru.

Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan.

Kononnya rumah Avitan, di Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh orang Haya.

Timbul persoalan, adakah The Times Of Israel mahu mempengaruhi siasatan polis kerana mahu melindungi sesuatu?

Apa yang cuba diselindungkan?

Satu lagi persoalan adalah ketika tangkapan dibuat, terdapat 6 pucuk pistol dan 200 peluru bersama-sama Avitan.

Sekiranya benar misi Avitan hanya untuk membunuh Haya, mengapa beliau perlukan sehingga 6 pucuk pistol dan 200 peluru?

Avitan didakwa adalah salah seorang anggota unit elit Kidon, MOSSAD, Israel.

Apakah unit elit Kidon?

Kidon ialah unit yang dimiliki oleh jabatan Caesarea (salah satu daripada 8 jabatan Mossad).

Ia dianggotai sekumpulan elit pembunuh upahan pakar yang beroperasi di bawah cawangan Caesarea dalam Mossad.

Unit Kidon dikatakan telah melakukan sekurang-kurangnya 2,700 misi pembunuhan di seluruh dunia.

The Times Of Israel cuba mengalihkan perhatian polis dengan menggambarkan seolah-olah Avitan adalah pembunuh sebenar.

Tujuannya adalah untuk melindungi identiti 2 atau 3 orang lagi pembunuh elit Kidon yang kini dipercayai telah berjaya menyusup masuk ke dalam negara.

Avitan dipercayai hanyalah sebagai perantara untuk membekalkan senjata, peluru serta sasaran serta lokasi sasaran kepada kumpulan pembunuh Kidon yang sebenar.

Pihak polis mesti bertindak segera untuk mengesan kumpulan pembunuh yang sebenar.

 

Warga Israel Yang Di Tangkap Hanya Perantara, Bukan Pembunuh Sebenar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker