Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu

Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu

Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu

 

Ekoran dari kekosongan kerusi DUN N06 Kuala Kubu Baharu kerana kematian mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac, SPR mengumumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 4 April ini untuk menetapkan tarikh penting PRK Kuala Kubu Baharu.

Dalam PRN Selangor 2013, Lee Kee Hiong memenangi DUN Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 4,119 undi.



Beliau mendapat 14,862 undi menewaskan 3 calon yang lain termasuk dari Perikatan Nasional.

Untuk rekod, DUN Kuala Kubu Baharu adalah kubu kuat DAP/PH dan mereka telah berjaya mempertahankannya dalam beberapa siri pilihanraya.

Namun dalam PRK Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor telah menyatakan keyakinan untuk merampas kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

Adakah keyakinan beliau itu berasas atau hanya sekadar psy war kepada pihak lawan?



Sebenarnya Perikatan Nasional sudah menyediakan gula-gula pilihanraya kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu, terutamanya pengundi bukan Melayu.

Penulis tertanya-tanya, mengapa Perikatan Nasional, terutamanya PAS dilihat membisu dalam isu stoking yang dicetak dengan kalimah Allah.

Akhirnya penulis menemui jawapan kepada persoalan tersebut.

Rupa-rupanya, sikap berdiam diri PAS/Perikatan Nasional adalah salah satu umpan yang paling manis untuk mereka memikat hati pengundi bukan Melayu di Kuala Kubu Baharu.



Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahya, dalam isu stoking seakan mengesahkan perkara berkenaan.

Ahmad Yahya membuat kenyataan bahawa PAS tidak terlibat dengan boikot Pasaraya KK Mart.

PAS cuba memberikan gambaran bahawa kini mereka adalah parti Islam yang mesra kepada pengundi bukan Melayu/Islam.

Mereka berharap dengan menonjolkan sikap lunak kepada kluster bukan Islam, PAS akan dapat menarik sokongan pengundi bukan Melayu/Islam.



Dan dengan keyakinan mereka masih lagi dapat mengekalkan sokongan pengundi Melayu sebagaimana dalam PRN Selangor, mereka akan menumbangkan PH di DUN Kuala Kubu Baharu.

Apakah pengundi bukan Melayu/Islam akan termakan gula-gula pilihanraya dari PAS?

Sama-sama kita tunggu.

 



Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading