UMNO yakin boleh ‘untung’ daripada kemelut BERSATU

Oleh – Syeikh Baran


UMNO yakin boleh 'untung' daripada kemelut BERSATU
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman

UMNO yakin kemelut dalaman BERSATU boleh memberi kelebihan kepadanya jika Pilihan raya Kecil (PRK) diadakan.

Katanya, bagaimanapun semua pihak perlu menunggu keputusan mahkamah sama ada PRK diadakan atau tidak selepas BERSATU memohon enam kerusi parlimen milik mereka dikosongkan selepas ahli mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Kita sentiasa bersedia jika ada pilihan raya, tapi kesediaan kita bergantung kepada suasana dan keputusan mahkamah,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Mara Prihatin Ramadan : Merakyatkan Mara di Dewan Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Rural Capital Berhad (RCB), Noor Hariri Mohamed Noor dan Pengarah MARA Negeri Kelantan, Fazli Rizal Ismail.

Zawawi berkata demikian ketika mengulas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan perlembagaan BERSATU yang membolehkan parti itu mengambil langkah mengosongkan enam kerusi parlimen sekaligus PRK diadakan.

ROS meluluskan pindaan itu berkuat kuasa 1 April.



Enam Ahli Parlimen BERSATU iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan dua ahli Parlimen Kelantan iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri serta Zahari Kechik bagi Parlimen Jeli menyatakan sokongan kepada Anwar.

Dalam perkembangan lain, Zawawi turut mengulas pandangan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengatakan UMNO sudah ‘sejuk’ sebagai satu pandangan individu.

Katanya, soal sejuk atau panas bergantung kepada pemikiran yang dibuat.

“Yang penting UMNO hari ini stabilkan politik dalam negeri, parti ini menjadi suara Melayu terbesar.



“Musim sekarang perkhidmatan lebih utama, apa yang berlaku rakyat menilai,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading