Siapa Eran Haya?

Oleh – Syeikh Baran


Siapa Eran Haya?
RAZARUDIN ketika sidang media khas di Bukit Aman. FOTO Bernama

Identiti individu bernama Eran Haya didakwa dicari lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu, belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana siasatan di peringkat kini belum mempunyai petunjuk positif terhadap lelaki yang didakwa suspek.

“Berdasarkan pengakuan suspek memberitahu mencari seorang lelaki warga Israel bernama Eran atas isu keluarga tapi kita (polis) perlu pengesahan mengenai kewujudan lelaki itu.



“Buat masa ini, kita belum jumpa lagi. Itu alasan dia sebagai motif tapi kita melihat kemungkinan motif berbeza daripada alasan diberikannya dan hanya mengada-adakan cerita,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan lelaki warga Israel itu sebagai koordinator bagi perancangan membunuh Eran, Razarudin berkata, siasatan menjurus pelbagai sudut.

“Kita lihat bagaimana seorang lelaki warga asing datang ke Malaysia boleh mendapat enam pucuk senjata dalam masa beberapa hari duduk di sini, jadi kita lihat kepada semua sudut.

“Mungkin dia boleh menjadi koordinator atau mungkin juga menjadi armourer (pakar senjata) atau datang untuk ambil senjata. Jadi itulah semua sudut siasatan kita, paling mustahak adalah mengenalpasti motif,” katanya.



Katanya, siasatan ini penting demi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Razarudin berkata, polis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap keselamatan orang awam dan pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Polis perlu menentukan keselamatan orang kenamaan terutama Yang di-Pertuan Agong, Raja dan Perdana Menteri yang kita tidak tahu mungkin jadi sasaran.

“Dia mungkin sebut nama Eran tapi sebenarnya Eran itu tiada di negara ini,” katanya.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading