IPK Kuala Lumpur siasat tular titah lama Sultan Nazrin

Oleh – Syeikh Baran


IPK Kuala Lumpur siasat tular titah lama Sultan Nazrin
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Siasatan kes penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan polis berhubung perkara itu dibuat di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur dan bukan di negeri ini.



Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes itu disiasat oleh IPK Kuala Lumpur memandangkan laporan polis dibuat di balai polis di sana,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

Majlis serah terima tugas antara Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Yahaya Hassan yang bersara wajib berkuat kuasa esok.

Terdahulu, media melaporkan Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis pada 28 Mac lalu berhubung kenyataan yang ditularkan mengenai sebahagian kecil titah diraja Sultan Nazrin berkenaan, demi melindungi nama baik baginda daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak.



Kenyataan tidak bertanggungjawab berunsur perkauman itu ditularkan dengan dikaitkan secara konteks yang salah mengenai petikan titah Sultan Nazrin pada 19 tahun lalu di mana baginda ketika itu adalah Raja Muda Perak dengan gelaran Raja Nazrin Shah.

Berdasarkan kenyataan yang ditularkan melalui WhatsApp itu, petikan titah Sultan Nazrin diselitkan dengan mesej menyeru agar orang Melayu bangkit menegakkan hak ketuanan Melayu.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading