Kenapa Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Kenapa Mahathir 'Hadiahkan' Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Kenapa Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Bekas Peguam Negara, Apandi Ali sahkan beliau tidak dirujuk oleh Dr Mahathir ketika kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura, enam tahun lalu.

Beliau juga mengesahkan apa yang didedahkan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman di Dewan Negara berhubung isu Batu Puteh adalah benar.



“Apa yang didedahkan adalah benar.”

“Saya tak mahu komen lebih.”

“Tapi saya bersedia untuk beri keterangan kepada RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.”

“Saya Peguam Negara ketika itu.”



“Tetapi semasa Dr Mahathir buat keputusan, beliau tidak pernah merujuk kepada saya sebagai Peguam Negara.”

“Malah, masa itu saya telah dipaksa untuk bercuti selama 30 hari oleh Ketua Setiausaha Negara pada masa itu.”

“Semasa saya berada dalam garden leave itu, perkhidmatan saya ditamatkan sebelum habis tempoh bercuti,” jelas beliau.

Sebelum itu, Azalina ketika menggulung perbahasan di Dewan Negara, menyatakan perdana menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di ICJ.



“Peguam Negara cuti empat hari garden leave.”

“Dipaksa cuti, tidak ada siapa tahu.”

“Keputusan dibuat sembunyi-sembunyi, menyebabkan kita hilang Batu Puteh dalam proses rayuan antarabangsa.”

“Tidak seorang pun menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan soal kehilangan kedaulatan.”



“Kini sudah ada RCI, beliau boleh dipanggil, jika tidak hadir boleh ditangkap,” tegas Azalina.

Timbul persoalan, mengapa Dr Mahathir seolah-olah ‘menghadiahkan’ kedaulatan negara kepada Singapura?

Dan lebih memusykilkan lagi, kenapa beliau membuat keputusan tersebut secara bersendirian?

Ada teori yang mengatakan kerana beliau telah ditekan oleh pihak Singapura dan ianya ada kaitan dengan akaun dan harta proksi beliau di Singapura.



Sejauh mana kesahihan dakwaan itu, penulis tidak dapat mengesahkannya, namun bagi penulis ada asasnya dakwaan tersebut.

RCI yang ditubuhkan mesti membongkar persoalan tersebut kerana ianya membabitkan kedaulatan negara.

Kenapa Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button