Penjaga tokong nafi rogol akauntan

Oleh – Syeikh Baran


Penjaga tokong nafi rogol akauntan
Gambar Hiasan

Penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan merogol akauntan wanita di sebuah tokong di Arau pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Ong Poh Sun, 58, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Musyiri Peet.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol mangsa berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya, Arau sekitar 3 petang pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Hanani Che Nor dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Alia dalam hujahannya meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang serius dilakukan.



Manakala, Nurul Hanani dalam mitigasi balasnya memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan setimpal kerana tertuduh mempunyai penyakit kencing manis dan kolestrol selain menjaga isterinya yang turut mempunyai masalah kesihatan sama.

“Tertuduh bekerja dan hanya tinggal bersama isterinya di tokong berkenaan dan tidak ada risiko untuk melarikan diri sebelum tarikh sebutan semula kes,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu atau mendekati mangsa dalam tempoh kes berlangsung.



Mahkamah menetapkan 6 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading