2 pegawai Prasarana dipecat

Oleh – Syeikh Baran


2 pegawai Prasarana dipecat
Gambar Hiasan

Prasarana Malaysia Berhad memberitahu pihaknya tidak akan berkompromi terhadap tindakan salah laku pegawainya khususnya mereka yang terbabit dalam penyelewangan wang syarikat.

Ia susulan kes dua bekas kakitangannya yang didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas tuduhan penyelewengan wang syarikat.



Prasarana dalam satu kenyataan berkata, salah laku tersebut telah mula dikesan Jun lalu oleh Jabatan Audit Dalaman Prasarana.

Katanya, pihak pengurusan syarikat telah mengambil tindakan memecat individu-individu yang terlibat seterusnya memberi kerjasama penuh dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Susulan siasatan yang dijalankan, keputusan untuk mendakwa kedua-dua individu tersebut telah diambil oleh pihak PDRM berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

“Sebagai sebuah syarikat yang menitikberatkan integriti dan tadbir urus yang baik (good governance) dalam segala aspek, pihak Prasarana memandang berat tuduhan salah laku ini dan akan terus menjalankan usaha-usaha membanteras sebarang bentuk aktiviti yang bercanggah dengan polisi integriti syarikat,” tegasnya.



Sehubungan itu, pihaknya menegaskan tidak akan berkrompomi dalam perkara yang melibatkan integriti dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas kakitangannya yang terlibat dalam apa jua salah laku.

“Polisi pemberi maklumat (whistleblowing) yang bebas juga telah di institusi dan dilancarkan ke seluruh syarikat bagi memastikan pematuhan (compliance) dan tadbir urus yang baik dapat sentiasa ditegakkan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading