PU Riz Gelisah Neelofa Masuk Wad Bersalin Ketika Sedang Mengacara Program TV

“Ada Emergency…” 

Setiap kelahiran cahaya mata pasti akan dinanti oleh semua isteri dan suami. Malah, para suami juga perlu mengambil tahu due date kelahiran anak bagi mengelak dari sesuatu yang tidak diingini.

Sebagai bapa, mungkin semangat yang ditunjukkan tidak setanding dengan para ibu. Namun, bapa juga mempunyai kerisauan yang tersendiri ketika berhadapan dengan proses kelahiran.

Bapa juga boleh rasa takut dan gementar, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali menyambut bayi. Kelahiran seorang bayi bermaksud tanggungjawab anda akan bertambah.

Dunia si bapa juga mungkin akan berubah dengan lahirnya insan baru sebagai penyeri rumah tangga.

 “Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,”.

Demikian ujar suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris secara ringkas memaklumkan pengacara dan usahawan itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

PU Riz Gelisah Neelofa Masuk Wad Bersalin Ketika Sedang Mengacara Program TV

Haris atau Muhammad Haris Ismail,  berkongsi khabar gembira itu ketika mengacarakan sebuah program televisyen malam tadi.

Haris bersama gandingannya, Fakhrul Radhi dalam program menceritakan tentang situasi dia ketika itu tetap hadir ke program berkenaan walaupun ada urusan kecemasan.

Memberi respon kepada perbualan mereka berdua, Haris turut memaklumkan dia akan segera berjumpa isterinya selepas selesai tanggungjawabnya itu.

Sementara itu menerusi perkongsi di Instastory, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sempat menghadirkan diri ke tempat korban bersempena sambutan Aidiladha bersama Haris dan anak lelaki mereka.

PU Riz Gelisah Neelofa Masuk Wad Bersalin Ketika Sedang Mengacara Program TV

Kehadiran Neelofa itu dipercayai sebelum dia dimasukkan ke hospital untuk bersalin.

Terdahulu, Neelofa memaklumkan bakal bersalin dalam tempoh terdekat ketika ditemui di sebuah majlis Selasa lalu.

Malah, pengacara program Next To Neelofa mengakui agak gementar untuk kelahiran kedua kerana memikirkan proses yang akan dilaluinya.

PU Riz Gelisah Neelofa Masuk Wad Bersalin Ketika Sedang Mengacara Program TV

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button