10 kilang di Pusat Perindustrian Balakong terbakar

10 kilang di Pusat Perindustrian Balakong terbakar

KUALA LUMPUR: Sepuluh kilang dekat Taman Perindustrian Balakong musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

10 kilang di Pusat Perindustrian Balakong terbakar
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal api kebakaran daripada terus merebak. – Foto ihsan Bomba

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihak bomba menerima laporan awal kejadian pada jam 2.15 pagi dengan pasukan pertama tiba di lokasi pada jam 2.38 pagi.

Katanya, lapan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Serdang, BBP Pandan, BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya dengan kekuatan 48 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran.



“Ketika pasukan bomba sampai ke tempat kejadian, empat kilang sedang marak terbakar sebelum kebakaran merebak ke enam lagi kilang.

“Api merebak dengan amat pantas disebabkan jarak antara kilang yang terlalu rapat selain terdapat pengubahsuaian dan penambahan ‘awning’ (sengkuap) pada bangunan kilang,” katanya pada media, hari ini.

Tambah beliau, api juga marak dengan pantas kerana beban api yang sangat tinggi kerana kilang-kilang yang terbakar padat dengan bahan mudah terbakar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



Perindustrian Balakong terbakar
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di salah sebuah daripada 10 kilang di Taman Perindustrian Balakong yang terbakar awal pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

Katanya, anggaran keluasan keseluruhan kawasan yang terbabit kebakaran ialah 360×300 kaki persegi dan satu pos kawalan bencana (PKB) dibuka pada jam 3.37 pagi di lokasi.

“Setakat ini, lima kilang di Jalan PKB 3 musnah 100 peratus dalam kebakaran ini, iaitu satu kilang dijadikan stor simpanan barang servis majlis, kilang papan iklan plastik, kilang model rumah, kilang tembakau dan kilang perabot tilam.

“Lima lagi kilang di Jalan PKB 4 juga terjejas dengan tiga kilang musnah 100 peratus iaitu kilang audio kereta, kilang makanan kucing dan kilang perabot, manakala dua lagi kilang, kedua-duanya kilang audio kereta



masing-masing musnah 20 peratus dan 10 peratus,” katanya.

Menurut Wan Md Razali, pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal api kebakaran daripada terus merebak dan pada masa ini, kerja-kerja memadam sisa kebakaran masih dijalankan di lokasi.

Kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa dan buat masa ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian.

10 kilang di Pusat Perindustrian Balakong terbakar




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button