Ajal ketika ke tempat kerja di Singapura

Oleh – Syeikh Baran


Ajal ketika ke tempat kerja di Singapura
Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura di BSI, Johor Bahru.

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, lelaki yang berusia 29 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihak telah menerima satu laporan polis mengenai kejadian itu pada pukul 8.45 pagi.

“Kita dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga tempatan telah ditemui meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura.

“Kematian Mangsa telah disahkan pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru disyaki sesak nafas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan seorang lelaki selepas mengimbas pasport untuk masuk ke negara jiran.



“Bagi yang mengenali keluarga sahabat kita, Allahyarham Faris Azmi, boleh update (maklumkan) dekat keluarganya.

“Arwah baru menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi dekat kaunter kastam selepas scan (mengimbas) pasport,” kata mesej tular itu.

Raub berkata, setakat ini tiada dikesankan sebarang perbuatan jenayah atas kematian mangsa, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading