Jordan desak pembukaan semua lintasan

Oleh – Syeikh Baran


Jordan desak pembukaan semua lintasan
Jordan pada Jumaat mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang dikepung yang telah diserang tanpa henti oleh tentera Israel selama lebih enam bulan lepas dihentikan.(Gambar hiasan) Foto AFP

Jordan pada Jumaat mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang dikepung yang telah diserang tanpa henti oleh tentera Israel selama lebih enam bulan lepas dihentikan.

Menerusi hantaran di X (dahulunya Twitter), Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata: “Semua lintasan darat ke Gaza mesti dibuka. Gencatan senjata mesti bermula sekarang.”



“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bertanggungjawab ke atas semua operasi kemanusiaan dan mempunyai akses penuh.”

Safadi menyatakan bahawa apa-apa yang kurang daripada itu adalah satu lagi pembohongan dan tidak akan menyelesaikan malapetaka yang dicipta oleh Israel, sambil menekankan bahawa kebuluran penduduk Gaza mesti dihentikan.

Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas mengakibatkan kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan selain membunuh lebih daripada 33,000 warga Palestin dan 75,750 orang cedera.

Sekatan yang dikenakan Israel memburukkan lagi krisis kemanusiaan mengakibatkan penduduk Gaza mengalami kelaparan sehingga mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid. – Bernama



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading