Pulau terpencil tawar sehingga 50 kambing percuma

Oleh – Syeikh Baran


Pulau terpencil tawar sehingga 50 kambing percuma
‘Lambakan’ kambing telah menjadi masalah utama di Pulau Alicudi yang terletak di kepulauan Aeolian di utara Sicily, sejak dua dekad lalu. Foto Agensi

Sebuah pulau vulkanik terpencil di Itali menawarkan kambing liar percuma.

Idea itu dicetuskan Datuk Bandar Riccardo Gullo, data bancian menganggarkan populasi haiwan itu enam kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah penduduk setempat.



Hal ini kerana ‘lambakan’ kambing telah menjadi masalah utama di Pulau Alicudi yang terletak di kepulauan Aeolian di utara Sicily, sejak dua dekad lalu.

Gullo mencadangkan cara penyelesaian kreatif iaitu program ‘adopt a goat’ yang membolehkan setiap pemohon mengambil sehingga 50 ekor kambing.

Difahamkan, permohonan tersebut dibuka sehingga Rabu ini dan turut mengenakan bayaran pemprosesan.

Menurut Gullo, beberapa individu telah menunjukkan minat untuk menyertai program itu termasuk pembuat keju di pulau berhampiran.



“Idea inovatif itu dapat menyelesaikan masalah kambing di Alicudi di samping memberikan manfaat kepada pemilik baharu mereka.

“Saya tidak peduli jika mereka tidak tahu cara untuk menternak haiwan itu, asalkan pemohon tersebut mempunyai sebuah bot untuk membawa kumpulan kambing itu keluar dari sini,” ujarnya. – Agensi

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button