Penghantar barang larikan iPhone X diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Penghantar barang larikan iPhone X diberkas
Polis menahan seorang penghantar barang kerana disyaki melarikan telefon bimbit iPhone X di sebuah pasar raya di Ampang pada 27 Mac lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)

Seorang penghantar barang diberkas kerana disyaki melarikan seunit telefon bimbit iPhone X di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang wanita berusia 32 tahun.



“Wanita itu membuat laporan berkaitan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang pada hari kejadian.

“Wanita itu mendakwa pekerjanya menyerahkan telefon bimbit berkenaan kepada suspek kerana percaya lelaki itu hendak membelinya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, ketika pekerja itu sibuk berurusan dengan pelanggan lain, suspek telah beredar dengan membawa bersama telefon bimbit itu menyebabkan pengadu mengalami kerugian RM900.

“Hasil risikan, jam 12.10 tengah malam tadi, kita menahan suspek berusia 40 tahun di sebuah pangsapuri di Sungai Chua, Kajang,” katanya.



Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif ganja selain memiliki dua rekod jenayah lampau dan dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek juga sudah menjual telefon bimbit yang dicuri itu dan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading