Tak serik didenda kerana pecah rumah, Chin Long kena jel 12 bulan

Oleh – Syeikh Baran


Tak serik didenda kerana pecah rumah, Chin Long kena jel 12 bulan
CHIN Long dipenjara 12 bulan kerana memiliki harta curi dan air kecing positif dadah. FOTO Alias Abd Rani

“Tolonglah puan, saya janji tak buat lagi. Saya insaf, saya nak denda paling rendah,” demikian rayuan pengutip barang lusuh sebelum Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan kerana positif dadah dan pecah masuk rumah.

Lim Chin Long, 36, yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif methampethamin membuat pengakuan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.



Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada empat anak itu didakwa memecah masuk rumah milik seorang wanita di Parit Kemang, Senggarang, dekat sini, dan melarikan televisyen, pada jam 2 petang, 20 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati positif methampethamin ketika ujian air kencing dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada 16 Ogos tahun lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencungkil dinding rumah mangsa lalu melarikan televisyen.



Kejadian itu hanya disedari ketika mangsa pulang ke rumah dan mendapati dinding rumah tercabut akibat dikopak.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan rekod lalu, mahkamah mendapati tertuduh pernah beberapa kali didakwa atas kesalahan termasuk pecah rumah dan dadah.

Perkara itu diakui sendiri tertuduh ketika mahkamah bertanyakan sama ada dia pernah didakwa atau tidak sebelum ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi kes Seksyen 411 manakala, Seksyen 15 (1) (a), penjara lapan bulan. Semua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditahan 20 Mac.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading