Thinaah percaya mampu bangkit semula

 

Oleh – Syeikh Baran


Thinaah percaya mampu bangkit semula
THINAAH (kiri) dan Pearly ketika beraksi di Terbuka Malaysia. FOTO ASWADI ALIAS

Beregu nombor satu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah bertekad untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka seperti sebelum ini.

Menurut Thinaah, masalah kecederaan yang dialami sebelum ini sedikit sebanyak menganggu rentak permainannya, namun kini kecederaan itu semakin beransur pulih dan dirinya perlu tingkatkan lagi usaha .



“Saya belum berada pada tahap seperti yang saya mahukan buat masa sekarang tetapi ia di landasan tepat.

“Semuanya ok, saya hanya perlu terus berusaha untuk mengelak daripada kecederaan dan membina semula otot saya.

“Semua perkara pastinya ada jalan penyelesaian. Kami hanya perlu percaya dengan diri dan terus bekerja keras,” katanya.

Terdahulu, Pearly-Thinaah membuka tirai tahun 2024 dengan langkah kiri apabila mereka tersingkir awal di dua kejohanan utama.



Bermula di Terbuka Malaysia minggu lalu, beregu yang berada di ranking ke-12 dunia itu tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas tewas straight set 20-22, 15-21 di tangan Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Di Terbuka India minggu ini, pasangan negara sekali lagi terpaksa akur apabila tewas kepada gandingan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama 16-21, 13-21 di pusingan kedua.

Dengan masa rehat yang ada, mereka akan menggunakan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi kejohanan seterusnya di Masters Indonesia yang akan membuka saingan bermula Selasa ini.

Sumber – Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading