Ancaman bom palsu, remaja ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Ancaman bom palsu, remaja ditahan
POLIS Perancis menahan remaja lelaki berhubung 380 ancaman bom palsu. FOTO AFP.

Polis di wilayah Brittany barat menahan remaja lelaki berusia 13 tahun, dipercayai bertanggungjawab ke atas 380 ancaman bom palsu yang menggemparkan Perancis sepanjang musim luruh lalu.

Siasatan sudah dijalankan sejak Khamis lalu, menurut pejabat pendakwa raya di Rennes dan akhbar Le Parisien yang dipetik dpa.



Budak lelaki itu disyaki melakukan ancaman bom di seluruh Perancis, khususnya membabitkan lapangan terbang, mahkamah dan universiti.

Pejabat itu berkata, suspek mengaku melakukannya sekadar ‘gurauan’ dan tanpa niat politik mahupun agama.

Pelajar berusia 13 tahun itu, yang kini dalam tahanan, dilaporkan mengalami gangguan personaliti dan telah pun menerima rawatan selama setahun, tulis akhbar Ouest-France.

Ahli keluarga suspek pada awalnya ditahan polis, tetapi kemudiannya dibebaskan.​



Rangkaian ancaman bom palsu menyebabkan masalah serius di Perancis pada musim luruh, tanpa pihak berkuasa dapat mengklasifikasikan ancaman tersebut.

Ia bermula selepas serangan maut pada Oktober oleh penganut Islam ke atas seorang guru di utara Perancis dan permulaan perang Gaza.

Tiada ancaman khusus atau rujukan politik pernah dikenal pasti, dengan kebanyakan kes, pihak berkuasa mengenal pasti golongan muda sebagai pelaku.

Sumber – Harian Metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button