Empat pekerja kebun sayur cedera disamun lima lelaki bersenjata

Oleh – Syeikh Baran


Empat pekerja kebun sayur cedera disamun lima lelaki bersenjata
Empat pekerja kebun sayur di Kampung Senama Tanjung Keling di Rembau cedera di kepala dan anggota badan selepas disamun lima lelaki bertopeng bersenjatakan batang besi, kayu dan parang dalam kejadian awal pagi Selasa. Foto hiasan

Empat pekerja kebun sayur di Kampung Senama Tanjung Keling di sini cedera di kepala dan anggota badan selepas disamun lima lelaki bertopeng bersenjatakan batang besi, kayu dan parang dalam kejadian awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 21 hingga 45 tahun sedang tidur di rumah kongsi di kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek kira-kira jam 3.50 pagi.



Menurutnya, kesemua suspek memakai topeng menutup muka telah memecahkan pintu rumah kongsi tersebut dengan membawa senjata sehingga menyebabkan mangsa mendiamkan diri susulan ketakutan.

“Lima suspek tersebut telah memukul badan dan juga kepala kesemua mangsa sehingga mendapat kecederaan sebelum mengambil telefon bimbit milik tiga mangsa.

Ujarnya, suspek yang dalam keadaan berdarah telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Menurut mangsa terlibat, lima suspek berkenaan bertubuh kecil, memakai t-shirt berwarna gelap, berseluar jean dan juga ada yang memakai baju panas.



“Hasil pemeriksaan doktor ke atas mangsa-mangsa mendapati tiga daripadanya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima beberapa jahitan, manakala seorang lagi mengalami patah tangan kanan dan akan dirujuk ke Hospital Seremban,” katanya.

Katanya, polis kini giat memburu suspek dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading