Lelaki terima padah kerana renung wanita merokok

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki terima padah kerana renung wanita merokok
Ketiga-tiga tertuduh dalam kes itu telah ditahan – Gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditikam selepas merenung dua wanita yang sedang merokok di negeri Maharashtra, India, lapor laman berita Wion News. 

Dua wanita bernama Jayashree Panjhade dan Savita Sayre sedang merokok berhampiran sebuah kedai di Mahalaxmi Nagar, bandar Nagpur pada malam Sabtu lalu.



Mangsa yang berusia 28 tahun serta dikenali sebagai Ranjit Rathod, kemudian datang dan mula merenung mereka. 

Menurut pegawai tempatan, berdasarkan laporan, kedua-dua wanita itu berang apabila mangsa yang turut berada di lokasi kejadian untuk membeli rokok merenung mereka.

Pertengkaran tercetus antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan.

Dalam satu rakaman, Jayashree dilihat membelasah mangsa sebelum memanggil sebilangan rakannya yang kemudian mengejar dan menikam lelaki itu beberapa kali.



Mangsa dikejarkan ke hospital, namun dia meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Sementara itu polis berkata, mereka masih memburu seorang lagi suspek, manakala tiga suspek lain ditahan di bawah seksyen 302 dan 34 Kanun Keseksaan India (IPC). – Agensi

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading