‘Sudah sembilan hari dia pergi, siapalah simpan dia’ – Ibu

Oleh – Syeikh Baran


'Sudah sembilan hari dia pergi, siapalah simpan dia' - Ibu
NUR Qasehku dirayu pulang ke pangkuan keluarga. Foto ihsan keluarga

Hati ibu mana tidak bimbang, tertekan dan buntu apabila anaknya tiba-tiba keluar dari rumah dan masih belum pulang sejak sembilan hari lalu tanpa sebarang khabar berita.

Begitu perasaan dirasai Nurhazlin Mohamed Noor, 43, ketika ini mengenangkan nasib anaknya, Nur Qasehku Suhaimi Abdul Rahman, 13, yang masih belum ditemui sejak dilaporkan hilang pada 1 April lalu.



“Tolonglah, saya merayu pulangkan anak saya, sudah sembilan hari dia pergi, satu berita pun tak ada. Saya risau, siapalah yang simpan dia…polis cari memang tak ada.

“Ya Allah, mereka tak tahukah akibat sorokkan budak besar kesalahan…rasa macam nak pecah urat belakang fikirkan dah sembilan hari anak hilang,” katanya dihubungi di sini.

Berkongsi dengan Harian Metro, Nurhazlin mengakui sebelum kehilangan Qaseh, dia ada menegur anak bongsunya itu berhubung masalah disiplin.

“Saya dipanggil ke sekolah oleh gurunya yang memaklumkan Qaseh ada masalah disiplin. Sebab itu saya tegur dan bertanya apa sebab dia buat begitu.



“Sebelum ini dia seorang periang, namun sejak tiga bulan lalu tingkah lakunya berubah jadi pendiam,” katanya ibu kepada empat cahaya mata itu.

Suri rumah itu berkata, sehari sebelum kehilangan anaknya, mereka sekeluarga sempat berbuka puasa bersama di rumah di Taman Tanjung Minyak Utama, Tanjung Minyak, dekat sini, dan anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Namun, pada keesokannya kira-kira 7 pagi ketika memeriksa bilik tidurnya saya dapati anak tiada dan pintu pagar rumah terbuka.

“Saya bimbang, apatah lagi Qaseh keluar rumah tanpa membawa apa-apa dokumen pengenalan diri, beg duit dan telefon bimbit.



“Melalui bantuan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di rumah jiran, saya dapati anak keluar dari rumah sekitar jam 2.18 pagi dengan memakai baju-T dan seluar hitam serta memakai topi keledar,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan polis berhubung kes itu pada Isnin minggu lalu.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading