Syasya mula bertudung selepas tinggalkan Dolla

 

Oleh Razak Hasan

Syasya mula bertudung selepas tinggalkan Dolla
Menerusi klip video pendek di TikTok yang dipercayai dimuat naik anggota keluarganya, Syasya kelihatan cukup manis dan turut dipuji netizen

Penyanyi Syasya, 23, mencuri perhatian dengan imej terbarunya yang bertudung selepas berundur dari kumpulan Dolla, baru-baru ini.

Menerusi klip video pendek di TikTok yang dipercayai dimuat naik anggota keluarganya, Syasya atau nama sebenarnya, Syasya Afigah Shahrizal kelihatan cukup manis dan turut dipuji netizen.



“Cantiknya Syasya bertudung. Minat dan bakat itu kadang-kadang bukan sekadar anugerah tapi juga ujian.

“Alhamdulillah, moga istiqamah, ayunya. Harap Syasya kekal untuk beristiqamah. Ini penghijrahan yang bagus,” itu antara komen netizen.

Sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci mengenai sebab utama Syasya meninggalkan Dolla. Dalam kenyataan Dolla terdahulu, ia atas alasan peribadi.

Keputusannya itu meranapkan impian ramai peminat yang masih berharap dia terus menganggotainya. Ada turut menyeru peminat hormat akan keputusannya.



Pada 8 April lalu, Dolla membuat pengumuman mengejut bahawa Syasya sudah berundur. Ia bagi meleraikan persoalan ketiadaan Syasya bersama kumpulan itu sebelum ini.

Walaupun ia keputusan berat, Dolla yang kini dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel masih menganggap Syasya sebagai adik dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Syasya bagi mendapatkan penjelasannya tidak berjaya. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading