Zul Ariffin dan Gayatri rai Syawal bersama

 

Oleh Razak Hasan

Zul Ariffin dan Gayatri rai Syawal bersama
Zul dan Gayatri rai Syawal bersama dan akrab dengan ahli keluarga bukti perhubungan istimewa.

Keakraban penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai, 48, dengan pelakon popular, Zul Ariffin, 38, menarik perhatian ramai apabila meraikan Aidilfitri bersama tahun ini.

Malah, Gayatri kelihatan sangat mesra dengan ahli keluarga Zul, sekali gus membuktikan bahawa perhubungan antara mereka cukup istimewa.



Menerusi satu hantaran video, pelakon, Liyana Jasmay antara yang meninggalkan komen ucapan Aidilfitri buat mereka.

“Selamat hari raya pasangan kesukaan saya,” katanya.

Kebelakangan ini, Gayatri dan Zul sering kelihatan hadir bersama ke pelbagai acara hiburan. Termasuklah pada tayangan program raya Astro, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Sangkar itu menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.



Zul juga pernah menyatakan Gayatri adalah wanita istimewa dalam hidupnya. Lebih manis, dia turut hadiahkan kereta mewah kepada penerbit itu pada 2022.

Terdahulu, mereka dikatakan pernah menjalin cinta sejak 2012. Bagaimanapun hubungan itu kemudian berakhir selepas tiga tahun.- Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button