Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir

 

Oleh Razak Hasan

 Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir
AARON-Wooi Yik tempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan aksi terbaik mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas mengatasi beregu pilihan ketujuh, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, pasangan negara yang turun selaku pilihan kelima menguasai set pertama perlawanan dengan garang apabila tidak membuka peluang kepada pasangan China sebelum menang 21-14.



Biarpun pasangan China cuba bangkit pada set kedua perlawanan namun Aaron-Wooi Yik tidak membiarkan perkara tersebut berlaku sebelum mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-15  dalam tempoh 30 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah mereka ke atas lawan berkenaan tahun ini selepas turut menang ketika pertemuan pertama mereka di suku akhir Terbuka India, Januari lalu.

Hasil keputusan tersebut, gandingan negara itu sama ada akan menentang rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani atau gandingan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin yang bersaing pada aksi separuh akhir hari ini. –KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading