Dua pengawal keselamatan maut

Oleh – Syeikh Baran


Dua pengawal keselamatan maut
DUA mangsa yang maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan di Kilometer 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis di Merapoh di Lipis.

Dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis di sini semalam.

Mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Mazuan Mat Zin, 44, dan pembonceng motosikal Kisnawita Saad, 46.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X bersama pasangannya dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Sungai Buluh, Selangor.

“Setiba di tempat kejadian, penunggang motosikal lelaki dipercayai telah hilang kawalan lalu merempuh tembok simen pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal yang mereka naiki.

“Akibat kejadian kedua-dua mangsa yanhlg bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Damansara meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading