Sanggup beli air batu daripada jawab soalan bila nak kahwin

Oleh – Syeikh Baran


Sanggup beli air batu daripada jawab soalan bila nak kahwin
Gambar Hiasan

Orang muda, terutamanya yang masih belum berkahwin lebih sanggup membeli air batu pada pagi raya berbanding melayan melayan soalan-soalan ‘maut’ tetamu.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai juga mengakui terpaksa ‘tahan telinga’ daripada mendengar soalan ‘bila hendak kahwin’ yang sering diajukan oleh ahli keluarga terdekat.



Oleh itu, ada yang sanggup membantu ahli keluarga di dapur atau membeli ais beberapa kali sehari semata-mata ingin mengelak daripada menjawab soalan cepu emas tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpendapat soalan tersebut merupakan antara soalan wajib yang sering diajukan pada pagi raya.

Bagaimanapun, ramai netizen yang meminta orang muda agar terus bersabar melayan karenah tetamu kerana raya cuma sekali setahun.

“Itulah, saya baru kena tadi. Baru nak makan ketupat, tiba-tiba kena tanya pasal kahwin,” kata Irine.



“Kalau saya, akan keluar beli ais berkali-kali sampai tetamu pun malas hendak bertanya sebab kenyang minum air,” kata Mimin.

“Samalah, sanggup keluar beli barang daripada menjawab soalan tetamu. Kalau duduk dapur, kadang-kadang tetamu masuk juga dapur untuk tanya soalan pasal kahwin,” kata Kaku.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading