Wanita ditikam gunting di dobi layan diri stabil – polis

Wanita ditikam gunting di dobi layan diri stabil – polis

Wanita ditikam gunting di dobi layan diri stabil - polis
Orang ramai berkumpul di lokasi kejadian wanita ditikam seorang lelaki dalam premis dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Terengganu. – NSTP/Zaid Salim

KUALA NERUS: Wanita yang ditikam dalam kejadian samun di sebuah kedai dobi layan diri hadapan Kem Sri Pantai, Seberang Takir, di sini, petang tadi, dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata mangsa berusia 31 tahun mengalami kecederaan belakang akibat ditikam senjata tajam, dipercayai gunting

Katanya, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa masuk ke kedai dobi berkenaan sendiri pda kira-kira jam 3 petang.



“Ketika berada dalam kedai dobi berkenaan, suspek kemudian meluru masuk mengekori mangsa sebelum menikam mangsa dari belakang menggunakan gunting,” katanya.

Wan Mohd Zaki berkata, suspek turut memukul dan menendang mangsa menggunakan kaki dan tangan sebelum keluar meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

Sejurus selepas itu, suspek dikatakan melarikan diri menggunakan Proton Wira kelabu yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka 24 jam bersebelahan kedai dobi berkenaan.

Wan Zaki berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang dipercayai masih bersembunyi selepas kejadian itu.



“Mangsa masih menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kita juga tidak sebarang laporan kerugian daripada mangsa dan kes disiasat mengikut Sekatan 324/393 Kanun Kesiksaan,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan, suspek dipercayai menikam mangsa yang berasal dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dengan gunting.

Wanita ditikam gunting di dobi layan diri stabil – polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button