Suspek samun warga asing disambung reman sehari

Oleh – Syeikh Baran


Suspek samun warga asing disambung reman sehari
Gambar Hiasan

 Lima suspek disambung reman sehari, manakala dua lagi suspek masih dalam tahanan reman sehingga esok bagi membantu siasatan kes samun dan menyamar polis menyebabkan kerugian RM260,000 di sebuah residen di Jalan Tun Razak.

Sebelum ini polis menahan tujuh individu termasuk lima anggota polis kerana terbabit dalam kes samun terbabit



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, reman sehari itu diperoleh selepas tempoh reman empat hari suspek tamat hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes samun dan menyamar polis membabitkan seorang lelaki warga asing yang mengalami kerugian jam tangan dan wang tunai.

Bertindak atas maklumat risikan, pada 11.50 malam Ahad lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menahan tiga lelaki.

Hasil daripada tangkapan pertama membawa kepada tangkapan empat lagi lelaki.



Dalam kejadian 5.30 petang Sabtu lalu, pengawal keselamatan yang bertugas di residen Jalan Tun Razak bersama rakannya didatangi suspek memperkenalkan anggota polis.

Mereka kemudian meminta pengawal keselamatan itu membawa ke tingkat lima sebelum meminta pengawal keselamatan itu beredar.

Kemudian pada 11 malam, suspek beredar dari kediaman terbabit dengan kereta dan motosikal.

Selepas itu datang pasangan warga asing berjumpa dengan pengawal keselamatan memberitahu wang tunai dan barangan kemas mereka hilang.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading