Video tular penjawat awam ‘mengamuk’ adalah simulasi

Oleh – Syeikh Baran


Video tular penjawat awam 'mengamuk' adalah simulasi
TANGKAP layar video tular

Video tular melibatkan sekumpulan audiens dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ialah video lama membabitkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan situasi serangan provokatif.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini menjelaskan video berkenaan dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.



“Susulan itu, JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai awam di negara ini,” menurut JPA.

Terdahulu, sebuah portal tempatan memuat naik video berdurasi lebih seminit yang juga simulasi seorang pegawai awam bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan kepada Mohd Zuki dan kemudiannya ditunjukkan seolah-olah individu terbabit dihalang oleh polis bantuan yang bertugas.

Justeru, JPA menyeru kepada orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam sebagai barisan hadapan negara, dengan sentiasa mengamalkan “The G.R.E.A.T Civil Service” dan H.E.M.A.T dalam sebarang tindakan yang mencerminkan kerajaan.

“Tindakan memuat naik sebarang kandungan palsu yang mengundang salah faham dan mengelirukan masyarakat boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 terhadap yang terlibat,” menurut JPA.



The G.R.E.A.T. Civil Service merupakan akronim kepada Good Governance (Tadbir Urus Terbaik), Responsible (Bertanggungjawab), Empathy (Ihsan), Accountable (Kebertanggungjawaban) dan Tenacity of Purpose (Fokus Pada Matlamat).

H.E.M.A.T pula ialah akronim kepada Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran yang menghendaki penjawat awam sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading