Walau Terkurung Di Penjara, Najib Tetap Nombor Satu Di Hati Rakyat
Walau Terkurung Di Penjara, Najib Tetap Nombor Satu Di Hati Rakyat
23 Ogos 2022, 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Nagara, Tengku Maimun, mengekalkan sabitan ke atas DS Najib dalam kes SRC.
Bermula dari hari itu, manatan Perdana Mebteri ke VI, DS Najib, telah dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah memberikan pengampunan separuh kepada DS Najib.
Kini sudah 1 tahun 8 bulan, DS Najib terkurung di Penjara Kajang.
Namun, tidak boleh dinafikan, populariti beliau di kalangan rakyat marhaen semakin melonjak.
Malah, populariti beliau mengatasi 3 mantan perdana menteri dan perdana menteri sekarang.
Apa yang penulis nyatakan bukanlah propaganda, tetapi adalah melalui fakta yang terdapat di media sosial.
Melalui hantaran ucapan Selamat Hari Raya 3 mantan perdana menteri termasuk DS Najib dan perdana menteri di Facebook, jelas memberitahu kita, siapakah yang berada di hati rakyat.
Dalam masa 4 jam, hantaran yang dibuat oleh admin akaun rasmi DS Najib, beliau mendapat 47 ribu likes.
Mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, hanya mampu mendapat 1.8 ribu likes dalam masa 20 jam.
Seorang lagi mantan perdana menteri, Muhyiddin Yasin, hanya mampu meraih 551 likes dalam masa 17 jam.
Manakala perdana menteri sekarang, Anwar Ibrahim pula, hanya mampu meraih 2.3 ribu likes dalam masa 16 jam.
Melalui akaun Instagram pula, jelas menunjukkan populariti DS Najib jauh mendahului populariti perdana menteri sekarang, Anwar Ibrahim.
Penulis pasti, pembenci DS Najib akan berhujah, sokongan di media sosial tidak menggambarkan sokongan sebenar rakyat secara keseluruhannya.
Dalil mereka adalah, sekiranya benar DS Najib begitu popular, mengapa UMNO/BN kalah teruk dalam PRN 6 negeri.
Mungkin mereka lupa, ketika PRN 6 negeri, DS Najib sudah menjalani hukuman penjara.
Sekiranya DS Najib berada di luar, penulis yakin, keputusan akan bertukar 360 darjah.
Buktinya adalah keputusan PRN Melaka dan PRN Johor.
Walau Terkurung Di Penjara, Najib Tetap Nombor Satu Di Hati Rakyat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Agak Pelik Jawapan Jabatan Peguam Negara Mengenai Isu Tahanan Rumah DS Najib
- Apa Kesudahan Siasatan Ke Atas Tony Pua Yang Menghina YDP Agong?
- (Video) Dunia Di Ambang Perang, Apa Persediaan Kerajaan?