2 penjenayah lebih 25 rekod jenayah lampau antara 3 dicekup

Oleh – Syeikh Baran


2 penjenayah lebih 25 rekod jenayah lampau antara 3 dicekup
Gambar Hiasan

Tiga individu yang dikehendaki polis bersabit dalam kes samun penuntut wanita universiti awam (UA) di Pagoh, diberkas polis di dua lokasi, semalam.

Dua daripada tiga suspek yang ditahan masing-masing memiliki 27 dan 33 rekod jenayah lampau termasuk curi kenderaan.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, tangkapan pertama dibuat ke atas seorang suspek di berhampiran susur keluar Pagoh, Lebuhraya Utara-Selatan, 9 pagi semalam.

Beliau berkata, penahanan suspek pertama membawa kepada penahanan dua lagi individu membabitkan kes sama di sebuah taman di Kulai beberapa jam selepas itu.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 23 tahun diburu selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang juga penuntut, memaklumkan mereka bertiga disamun dua individu tidak dikenali di kolej kediamannya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button