MCMC rakam percakapan Chegubard, Papagomo, Salim Iskandar esok

Oleh – Syeikh Baran


MCMC rakam percakapan Chegubard, Papagomo, Salim Iskandar esok
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil tiga pemilik akaun media sosial esok bagi rakaman percakapan berhubung kandungan yang dimuat naik mereka sebelum ini.

MCMC dalam kenyataan memberitahu, tiga individu itu ialah Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo).



Katanya, rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor manakala Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.



Pada Januari lalu, tiga individu sama pernah tampil memberi keterangan berhubung dakwaan terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai di balai polis Setapak.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button