Ditahan kurang 24 jam selepas mencuri

Oleh – Syeikh Baran


Ditahan kurang 24 jam selepas mencuri
Gambar Hiasan

Seorang lelaki ditahan kurang 24 jam selepas memecah cermin kereta dan mencuri komputer riba di kawasan parkir hotel di Pasir Penambang di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, suspek berusia lingkungan 20-an diberkas pada 3 petang Ahad, berhampiran Kampung Permatang Tengah.



Katanya, sebelum itu pada 8.30 malam Sabtu lalu, suspek bersama rakannya yang masih bebas memecah kereta mangsa untuk mencuri komputer riba yang dimuatkan di dalam beg.

“Susulan laporan pemilik kereta, polis berjaya mengesan dan melakukan tangkapan, serta merampas barangan yang dicuri.

“Usaha memburu rakannya yang masih bebas sedang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading