‘Kami mahu pulang ke tanah dan rumah kami’

Oleh – Syeikh Baran


'Kami mahu pulang ke tanah dan rumah kami’
Displaced Palestinians take the coastal Rashid road to return to Gaza City as they pass through Nuseirat in the central Gaza Strip on April 14, 2024 amid the ongoing conflict in the Palestinian territory between Israel and the militant group Hamas. (Photo by AFP)

Beribu-ribu rakyat Palestin cuba pulang ke rumah mereka di utara Gaza kelmarin, sebelum diusir oleh askar Israel menggunakan tembakan, lapor stesen penyiaran CNN.

Video yang dirakam oleh seorang pemberita CNN menunjukkan jalan pantai Al Rasheed yang berbahaya dipenuhi dengan keluarga yang berjalan kaki bersama barangan milik mereka.



Sebahagian daripada mereka yang mengayuh basikal, menaiki pedati keldai dan trak pikap melemparkan senyuman dan merakam gambar ketika cuba kembali ke rumah masing-masing.

“Saya mahu pulang ke Bandar Gaza. Sudah cukuplah! Kami mahu pulang ke tanah dan rumah kami. Kami sudah penat menjadi pelarian. Kami dimaklumkan bahawa sudah boleh pulang (ke utara), namun ia bukan berita rasmi,” kata seorang penduduk, Majd El-Aqqad. 

Namun, hasrat mereka untuk kembali ke rumah masing-masing punah apabila mereka disambut dengan tembakan oleh tentera Israel sejurus tiba di kawasan pemeriksaan.

“Dua lelaki muda menyelinap di antara saya dan wanita lain yang sedang beratur di pusat pemeriksaan sebelum askar Israel melepaskan tembakan ke arah kami,” kata seorang wanita, Sabreen.



Tambahnya, kekacauan kemudian berlaku apabila orang ramai mula berasak-asak antara satu sama lain ketika cuba melarikan diri daripada terkena tembakan.

Anaknya yang berusia lima tahun, Sally Abu Laila turut mengalami pendarahan di kepala akibat insiden itu.

Sabreen telah cuba pergi ke utara bersama suaminya tetapi dihalang tentera Rejim Zionis, menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik.

Dalam pada itu, tentera Israel berkata: “Utara Semenanjung Gaza terus menjadi zon perang yang aktif dan kembali ke kawasan itu tidak dibenarkan buat masa ini.” – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading